Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka. Bagaimana kalau mereka mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Adakah mereka boleh keluar dengan membawa pelan perlindungan dari majikan lama bersama mereka.
Ada yang tidak menyedari akan kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital!
Kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital. Malah seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan jururawat dirumah.
Di PruBSN, kami memahami keperluan pelanggan-pelanggan kami. Oleh itu kami menawarkan pelan Takaful Health sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 70 tahun dari kos-kos penghospitalan utama.
bayangkan anda mempunyai sebuah pelan perubatan yang memudahkan anda dimasukkan ke mana-mana hospital panel PruBSN dan menjaga kos-kos perubatan setelah keluar dari hospital.. Hebat bukan???
Takaful Health adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang boleh disertakan bersama Pelan Takafulink anda. Kelebihan Takaful Health ialah…*Sila Klik Pada Gambar untuk Melihat Plan Yang lebih Jelas.
- Had tahunan yang tinggi.
- Bonus Tiada Tuntutan
- Kebebasan memilih hospital-hospital dan doktor-doktor (dapatkan senarai Hospital Pakar dari Wealth Planner anda).
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
- Jaminan pembaharuan.
- Tiada jadual pembedahan yang terhad.
- Tiada had bayaran bagi bil-bil hospital (tidak melebihi nilai tahunan dari ‘Medical Card’). Semua “Seperti Dicaj”.
- Manfaat yang termasuk cukai perkhidmatan.
- Rawatan sebelum masuk (30 hari) dan selepas keluar hospital (90 hari).
- Penjagaan jururawat di rumah.
- Pembedahan balik hari.
- Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan.
- Rawatan pesakit luar bagi penyakit barah dan dialisis buah pinggang.
- Bantuan perubatan kecemasan antarabangsa dan tempatan.
sebagai tambahan, anda akan diberi kad takaful MediAssist, yang member perkhidmatan 24 jam, di seluruh dunia dan bantuan perubatan kecemasan.
Kami juga mempunyai lebih kurang 60 hospital swasta ekslusif di seluruh Malaysia.Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan ke hospital akibat kemalangan. tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas penerimaan.
Perlindungan bagi penyakit-penyakit berikut adalah selepas 120 hari selepas penerimaan :
- Batu karang di dalam sistem kencing dan hempedu.
- Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung).
- Diabetes mellitus.
- Semua ketumbuhan, sista, polip atau barah.
- Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil.
- Hernia, buasir atau fistula.
- Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin.
jika anda menerima rawatan perubatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari setiap perjalanan.
No comments:
Post a Comment