critical illness

A Critical Illness shall mean any one of the following illnesses occurring more than 60 days after the Commencement Date of the Certificate as specified in the Schedule or the date of any Revival of Benefit(s) or the date of any Endorsement of Benefit(s) secured under the Certificate or the date of issue of this Annexure whichever is the latest.

Heart Attack
Coronary Artery Disease Requiring Surgery
Stroke
Cancer
Kidney Failure
Paralysis
Major Organ Transplantation
Multiple Sclerosis
Fulminant Viral Hepatitis
Primary Pulmonary Arterial Hypertension
Coma
Blindness
Heart Valve Replacement
Surgery to the Aorta
Alzheimer’s disease
Dearness
Loss of Speech
Major Burns
Terminal Illness
AIDS due to Blood Transfusion
Motor Neurone Disease
Parkinson’s Disease
Chronic Liver Disease
Chronic Lung Disease
Aplastic Anaemia
Muscular Dystrophy
Poliomyelitis
Bacterial Meningitis
Benign Brain Tumour
Encephalitis
Full Blown AIDS
Other serious Coronary Artery Disease
Brain Surgery
Apallic Syndrome
Major Head Trauma
Loss of Limbs

about pru and bsn

about_logo
Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) was formed from the partnership of Prudential Holdings (Prudential) and Bank Simpanan Nasional (BSN), two financially strong companies in their respective fields of expertise. In early 2006, PruBSN received the approval from Bank Negara to operate a Takaful business.


Founded in 1848, Prudential began as a leading life and pensions provider in the United Kingdom. Today, it is one of the world’s largest financial services group. Through Prudential Assurance, the Prudential brand has been in Malaysia for over 80 years. BSN, launched in 1974, has today a 9 million customer base serviced by 5,100 employees in nearly 400 branches nationwide. It is a statutory body under the Ministry of Finance.
The partnership provides a solid structure for PruBSN in view of Prudential Assurance’s strength in agency distribution as well as BSN’s impressive corporate presence. The strong branding and identity of the two companies have created a vast opportunity for PruBSN to accelerate the growth of the Takaful industry in the country.
PruBSN’s vision is to be a world-class Shariah-compliant financial solutions provider. We would also like to instill the importance of family values and the spirit of togetherness amongst our employees, partners and customers because at PruBSN, We Understand, We Care.

Takaful Health(medical card)


Tahukah anda bahawa perlindungan kesihatan adalah satu komponen yang utama bagi sebuah pelan kewangan yang menyeluruh. Dengan kos rawatan yang sentiasa meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang, maka anda sudah tentu memerlukan perlindungan kewangan untuk menghadapinya.

Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka. Bagaimana kalau mereka mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Adakah mereka boleh keluar dengan membawa pelan perlindungan dari majikan lama bersama mereka.

Ada yang tidak menyedari akan kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital!

Kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital. Malah seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan jururawat dirumah.

Di PruBSN, kami memahami keperluan pelanggan-pelanggan kami. Oleh itu kami menawarkan pelan Takaful Health sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 70 tahun dari kos-kos penghospitalan utama.

bayangkan anda mempunyai sebuah pelan perubatan yang memudahkan anda dimasukkan ke mana-mana hospital panel PruBSN dan menjaga kos-kos perubatan setelah keluar dari hospital.. Hebat bukan???


Pelan Takaful Health
Takaful Health adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang boleh disertakan bersama Pelan Takafulink anda. Kelebihan Takaful Health ialah…


          *Sila Klik Pada Gambar untuk Melihat Plan Yang lebih Jelas.
  • Had tahunan yang tinggi.
  • Bonus Tiada Tuntutan
  • Kebebasan memilih hospital-hospital dan doktor-doktor (dapatkan senarai Hospital Pakar dari Wealth Planner anda).
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  • Jaminan pembaharuan.
  • Tiada jadual pembedahan yang terhad.
  • Tiada had bayaran bagi bil-bil hospital (tidak melebihi nilai tahunan dari ‘Medical Card’). Semua “Seperti Dicaj”.
  • Manfaat yang termasuk cukai perkhidmatan.
  • Rawatan sebelum masuk (30 hari) dan selepas keluar hospital (90 hari).
  • Penjagaan jururawat di rumah.
  • Pembedahan balik hari.
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan.
  • Rawatan pesakit luar bagi penyakit barah dan dialisis buah pinggang.
  • Bantuan perubatan kecemasan antarabangsa dan tempatan.
sebagai tambahan, anda akan diberi kad takaful MediAssist, yang member perkhidmatan 24 jam, di seluruh dunia dan bantuan perubatan kecemasan.
Kami juga mempunyai lebih kurang 60 hospital swasta ekslusif di seluruh Malaysia.
Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan ke hospital akibat kemalangan. tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas penerimaan.


Perlindungan bagi penyakit-penyakit berikut adalah selepas 120 hari selepas penerimaan :
  • Batu karang di dalam sistem kencing dan hempedu.
  • Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung).
  • Diabetes mellitus.
  • Semua ketumbuhan, sista, polip atau barah.
  • Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil.
  • Hernia, buasir atau fistula.
  • Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin.
Pengendali takaful tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud secara lansung atau tidak lansung sekiranya keadaan ini tidak didedahkan di dalam borang cadangan.
jika anda menerima rawatan perubatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari setiap perjalanan.






takaful saver

Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, anda juga boleh merancang untuk perkara yang anda ingini. Seperti memiliki kediaman impian, membiayai anak-anak melanjutkan pelajaran atau bersara lebih awal.

Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan anda mengecapi semua ini. Dengannya, anda boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink anda.

Takaful Saver membolehkan anda menikmati lebih lagi dari pelan Takafulink anda kerana ia menawarkan pelan yang lebih fleksibel untuk menepati keperluan anda yang sering berubah.

Bagaimana Takaful Saver dikendalikan?
Setelah menyertai Takaful Saver, para peserta Takafulink boleh membuat caruman tetap ke Akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang dipilih.

  • Caruman tetap minimum : RM10 sebulan
  • Caruman tetap maksimum : (Caruman tahunan Takafulink) X 5

Penambahan Caruman

Peserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam IUA mereka pada bila-bila masa.

  • Penambahan minimum : RM1,000
  • Penambahan maksimum : Tiada had

Memandangkan 95% daripada caruman tetap Takaful Saver diperuntukkan untuk membeli unit-unit Dana Takafulink, rider ini membolehkan para peserta menambah caruman mereka untuk pelaburan dan simpanan.

Nota:

  • Baki 5% lagi diperuntukkan untuk yuran Wakalah bagi komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan.
  • Carauman Takaful Saver adalah berasingan sama sekali dengan Takafulink.
  • Apabila berlaku kematian, Hilang Upaya Penuh dan Kekal atau Sijil mencapaitarikh matang, baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada peserta.

Manfaat Tambahan

Takaful Saver Contributor : Membayar caruman tetap kepada peserta Takaful Saver sekiranya peserta menghidap penyakit kritikal.

Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor : Sekiranya ibu bapa atau pasangan peserta meninggal dunia, mengalami HUPK atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful Saver peserta di masa hadapan.

Bayaran manfaat akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.

Siapa yang boleh menyertai Takaful Saver?

Mana-mana peserta dan/atau pencarum pelan Takafulink.

Bagaimana dana anda diuruskan?

Caruman tetap Takaful Saver akan diuruskan mengikut arah pelaburan yang dinyatakan di dalam pelan Takafulink anda sebelum ini.

Penambahan caruman tunggal pada satu-satu masa boleh dibuat ke dalam Dana Takafulink pilihan anda.

Dana-dana Takafulink berlandaskan Syariah yang disediakan ialah:

Takafulink Dana Ekuiti

  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam saham berkualiti tinggi yang berlandaskan Syariah yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
  • Untuk peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

Takafulink Dana Bon

  • Menyasarkan peluang pengumpulan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti terpilih yang berlandaskan Syariah.
  • Untuk peserta yang memiliki toleransi risiko rendah hingga sederhana dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

Takafulink Dana Urus

  • Dana diuruskan yang menyasarkan pulangan maksimum dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Ianya boleh dicapai dengan melabur di dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon, dan mana-mana dana Takafulink yang mungkin ada pada masa hadapan.
  • Untuk peserta dengan toleransi risiko sederhana hingga tinggi dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

Nota :

  • Prestasi sebenar masa lalu bukanlah petanda prestasi masa hadapan yang mungkin akan berbeza. Risiko pelaburan dana akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan tiada jaminan ke atas prestasi dana.
  • Nilai dana boleh berkurangan dari jumlah sumbangan yang anda bayar, tertakluk kepada prestasi asset semasa.
  • Semua Dana Takafulink dilaburkan di dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah.

Rangkaian produk Takafulink adalah selaras dengan tuntutan Syariah.

Penting : Risalah ini hanya memberi keterangan ringkas. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai terma dan syarat, sila rujuk dokumen Sijil anda.

Takaful Plan

Dapatkan Fleksibiliti Untuk Menguruskan Keperluan Anda Yang Sentiasa Berubah
Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita juga turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.
Pelan Takafulink PruBSN adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan atau investment-link yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Ia dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hidup anda sepenuhnya. Dengan mematuhi nilai-nilai pegangan anda, ia juga membolehkan anda mengawal gaya hidup anda.

Bagaimana Pelan Takafulink Bertindak untuk saya?
Untuk Perlindungan Anda
Kami akan membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai untuk anda dengan menjelaskan semua elemen Pelan Takafulink kepada anda.

Manfaat Asas
Kematian: Jumlah yang dilindungi dan nilai baki dalam Unit Akaun Peserta(PUA)* dan Akaun Khas Individu(ISA)** akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia.
*PUA adalah akaun unit-unit yang diperuntukkan, bergantung kapada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar.
**ISA adalah akaun sumbangan manfaat tambahan yang dibayar.

Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK): Jumlah yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun, manakala unit-unit dalam PUA dan nilai ISA akan kekal dalam akaun anda.

Manfaat Pilihan & Tambahan
Accidental Death and Disablement, Accidental Medical Reimbursement: Memberi manfaat prlindungan utama anda.

Medical Cover: Sekiranya anda dimasukkan ke hospital disebabkan kesakitan atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukan Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Batuan Prosedur Pembedahan.

Takaful Health: Memberikan perlindungan perubatan bagi Manfaat Hospital dan Pembedahan dan Rawatan pesakit luar sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan Pesakit Luar disebabkan kesakitan atau kecederaan. Ini juga termasuk Bantuan Perubatan Kecemasan.

Hospital Benefit: Memberikan bantuan tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

Disability Provider, Crisis Cover Income: Manfaat ini dibayar setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 60 tahun.

Crisis Sheild: Memberi perlindungan daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan di saat-saat anda paling memerlukan.
Weekly Indemnity: Memberi Bantuan Tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.

Contributor: Membayar manfaat tahunan sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.

Spouse atau Parent Contributor: Sekiranya pasangan atau ibu bapa anda meninggal dunia, atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada masa hadapan. Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila anda meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.

Untuk Keperluan Simpanan Anda
Kami juga akan membantu anda merancang simpanan anda dengan menawarkan pelbagai dana untuk pelaburan anda. Sebahagian daripada sumbangan anda mengikut perkadaran yang ditetapkan akan digunakan untuk membeli unit-unit daripada dana Takafulink pilihan anda. Sumbangan diperuntukkan menurut tahun sijil dan peratusan yang sepadan dengannya.

Dana Takafulink
Pilih dana Takafulink yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah dan sesuai dengan keperluan pelaburan dan toleransi risiko anda.

Takafulink Dana Ekuiti
  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam saham bermutu tinggi yang diluluskan dibawah undang-undang Syariah dan disenaraikan di Bursa Malaysia.
  • Untuk peserta dengan toleransi risiko yang tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.
Takafulink Dana Bon
  • Bertujuan untuk memberikan pengumpulan modal jangka masa pertengahan hingga panjang, dengan melabur dalam sekuriti terpilih yang diluluskan dibawah undang- undang Syariah.
  • Untuk peserta dengan toleransi risiko yang rendah hingga tinggi dan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.
Takafulink Dana Urus
  • Dana diuruskan yang bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa pertengahan hingga panjang. Ini dicapai dengan melabur dalam saham dan sekuriti yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah menerusi Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon dan mana-mana dana Takafulink sedemikian yang boleh didapati pada masa hadapan.
  • Untuk peserta dengan toleransi risiko yang sederhana hingga tinggidan berminat dalam pelaburan jangka masa pertengahan hingga panjang.
Perkongsian Lebihan
Setiap peserta layak berkongsi lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan, jika ada. Lebihan pengunderaitan, jika ada, akan diagihkan kepada peserta dengan mengkreditkannya semula ke dalam ISA mereka dan membeli unit-unit tambahan dalam PUA, manakala keuntungan pelaburan akan dikongsi antara peserta dan syarikat pada nisbah yang dipersetujui terlebih dahulu.
Pelan yang memberi anda lebih banyak fleksibiliti***
  • Membezakan jumlah perlindungan Takaful untuk kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
  • Meningkatkan perlindungan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan kehilangan upaya dan manfaat tambahan lain.
  • Mengumpul dana persaraan dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah dan boleh manghasilkan pulangan lebih tinggi daripada akaun simpanan bank dalam jangka panjang.
  • Anda boleh menukar pelaburan anda antara Takafulink yang diluluskan di bawah undang-undang Syariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh dipindahkan ialah RM1,000.00.
  • Anda boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk memenuhi keperluan anda yang berubah. Pengeluaran minimum ialah RM1,000.00. Penegeluaran boleh dibuat dengan syarat nilai baki unit sekurang-kurangnya RM4,000.00

    ***Tertakluk pada terma dan syarat.
    Siapakah yang boleh menyertai Pelan Takafulink?
    Sesiapa yang berusia antara 18 dan 60 tahun boleh menertai pelan ini. Anda juga boleh menyertai pelan ini untuk anak anda yang berusia bawah 18 tahun.
    Bagaimana anda boleh memulakannya?
    Pertama sekali, anda perlu menentukan keperluan perlindungan anda, seperti perlindungan asas dan manfaat-manfaat pilihan dan tambahan yang lain. Kemudian tentukan jumlah yang mampu anda ketepikan setiap bulan. Dengan Pelan Takafulink, anda boleh mula melindungi kesihatan dan masa depan kewangan anda dengan serendah RM3.33 sehari.


konsep takaful

Takaful merupakan salah satu konsep insuran yang berdasarkan muamalat dalam islam, yang berlandaskan hukum syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama

  • Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain.
    (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Dalil Tanggungjawab

  • Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam al- Bukhari dan Imam Muslim)
  • Muslim yang sebenar (Mu’min) dengan Muslim yang lain (Mu’min) diibaratkan seperti bangunan di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain. (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi

  • Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) Berasaskan hadith di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

Memahami Kontrak Takaful

  • Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

Email

Pelan Simpanan & Perlindungan Prudential Takaful BSN Sebagai Pendapatan Kedua

Tahukah anda, setiap orang bekerja untuk apa? Seperti di rajah 1. Sudah tentu untuk gaji atau komisen.Dan apabila dapat gaji atau komisen untuk apa? Sudah tentu untuk belanja keluarga seperti di rajah 2.


Jadi biasalah bila kita dapat gaji,kita akan gunakan untuk belanja seperti dirajah 2. Bayar duit sewa, makan minum anak isteri, bayar duit kereta, pembantu rumah, ibu bapa dan lain lain.


Tapi, pernah anda terfikir jika ini yang berlaku keatas anda seperti di rajah 3. Siapa sangka? Bah kata perpatah melayu "malang tak berbau".

Anda sudah tiada. Tetapi kehidupan keluarga yang anda tinggalkan perlu diteruskan. Mereka perlu duit belanja untuk kesekolah, duit tuition macam mana? Makan minum mereka? Sewa rumah? Instalment kereta?

Hutang anda? Kredit kad? Hutang "personal loan"? Tahukah anda sebagai seorang Islam, jika kita tinggalkan hutang, amalan kita takkan naik ke langit, selagi hutang tidak dijelaskan olih pewaris. Tanyalah ustaz dekat surau anda. Betul ke?

Siapa nak jelaskan hutang anda?

Mana nak cari duit? Sudah tentu isteri dan anak anak anda terkial-terkial.Adakah ini anda mahu seperti dirajah 5?

Pilihan yang ada ialah :

1. Harapkan duit simpanan. Cukup ke? Berapa ramai dikalangan kita yang suka menyimpan?

2. Saudara mara. Sanggup ke mereka menolong keluarga anda selama-lama nya? Sekali sekala bolih lah.

3. Pinjaman peribadi. Ada ke bank yang hendak membantu kita?

Maka disini datang nya peranan syarikat Prudential takaful BSN yang sedia membantu anda. Itu pun jika anda sebagai suami yang bertanggung jawab sudah ambil Pelan Simpanan & Perlindungan Takaful dari Prudential BSN. Apa rasa isteri dan anak anak anda jika ada wakil dari Syarikat Prudential BSN datang dengan sekeping cek bertulis RM100.000 dan penama ialah isteri anda.

Sudah tentu isteri dan anak anak anda akan gembira. Bukan kerana duit RM100,000 anda akan hidup balik, tetapi sekurang kurang dapat meringankan beban keluarga anda.Bukan sekurang-kurang nya tetapi MEMANG SANGAT mengurangkan BEBAN keluarga ANDA!

MEMANG ANDA ADA PILIHAN YANG TERBAIK.AMBIL LAH PELAN SIMPANAN & PERLINDUNGAN TAKAFUL DARI Prudential Takaful BSN. CUMA TAK SAMPAI HARGA SEKOTAK ROKOK SEHARI!

BERTINDAK SEKARANG. TUNGGU APA LAGI!

KHIDMAT PENERANGAN DI BERI PERCUMA

Surah al-Baqarah Ayat 180

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertaqwa"

Hadis Riwayat Al-Bukhari

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."


Untuk Keterangan Lanjut
Hubungi Perunding Prudential Takaful BSN:
mohd Zaid Bin Hashim H/P : 012-5323314

email:

zaid_prubsn83@yahoo.com